January 31, 2008

SATIRA….. SATIRA YANG KACAU= SATIRA KACAU

Di dunia yang semakin kacau, orang mudah hilang dacing pertimbangan bila terasa dirinya dicuit dan ditegor. Tujuan menegor pun bukanlah kerana hendak menunjukkan pandai, tetapi sekadar hendak saling ingat dan mengingatkan.Lalu aku jadi teringatkan satira dan segera nama Kajai menjengah ke benak. Tetapi aku dan Allahyarham Kajai bezanya langit dengan bumi. Dia tokoh hebat. “Satira Kajai” karyanya pun lagilah hebat.

Jadi aku akan menulis sesuatu mengenai dunia yang semakin kacau ini dengan caraku sendiri. Tulisan yang kukumpulkan di bawah judul “Satira Kacau”. Satira yang akan mengacau tetapi sama sekali tidak berniat untuk berbuat kacau.

Tetapi, kalau ada sesiapa yang terasa dirinya dikacau atau terkacau, apa boleh buat. Tidak kuasa pula aku hendak membuat apa-apa penafian.

Isnin, Mei 21, 2007

No comments: