July 21, 2011

BENDA

BENDA yang langka dijumpa atau yang lama tidak disua memang selalu menimbul semacam ghairah lain di dalam perasaan. Kisah hantu dan Peah yang ditipu oleh cinta palsu Mat Bangla, atau Milah yang diperdaya menjadi kaldai pembawa dadah ke luar negara, dengan upah permainan seks di ranjang Mat Afrika.

Semua benda adalah perkara membodoh lagi membahlolkan. Hidup untuk apa terus diratap dengan keluh tangisan. Ketika mereka yang bergelar berbelanja dan berjoli atas nama negara, tanpa malu dan segan.

Ha. Ha. Ha. Janganlah jadi bodoh kau pinta bukti dan dalil. Apa punyalah bodoh engkau ini. Itu semua rekayasa.

Selamat kembali bersahabat dengan hantu dan para penderhaka.

Julai 21, 2011

0 Komen::