SUDAH tidak kuasa hendak aku mengira atau menghitung sudah berapa jumah malamnya tingkap kaca di bahagian luar kamar tulisku digedor oleh lembaga hitam yang menempel di situ dan bernama hantu itu.
Tentulah aku dapat meneka dan mengecam milik siapakah lembaga hitam bernama hantu yang tidak henti dan jemunya melakukan perbuatan sia-sianya itu dan aku pun memang sudah memilih untuk tidak mempedulikan hadir dan wujudunya di situ.
Walau memang pada mulanya agak terganggu juga mendengar ketok dan cakarnya di kaca tingkap kamarku. Tetapi kerana sudah nekad hati ini untuk tidak mahu peduli atau mengambil acuh lagi akan hadir serta wujudnya lembaga si hantu yang dulunya mengaku dirinya sudah berjaya menyunglap menjadi manusia dan menamakan dirinya sebagai Mat itu, maka tidaklah aku membuat tahu atau sebarang acuh.
Rasa terganggu dan marah yang membuak sengaja kutahan dan agar tidak terdengar suatu apa yang boleh mengganggu, maka aku menyumbatkan telingaku dengan pentilan kapas.
Tetapi malam ini, bukan, kukira sudah menjadi pagi, kira-kira waktu sudah menghampiri Subuh, ketika tingkap kaca kamarku sekejap kukuak lantaran mahu mendapatkan angin segar dan dingin dari luar, tanpa kujemput atau undang, menerkam masuklah si hantu yang dulunya mengaku dirinya sudah berjaya menyunglap menjadi manusia dan menamakan dirinya sebagai Mat itu.
Kenapa lama sangat kau diam? Kau sudah habis idea atau sudah habis fikirankah maka tiada lagi sebarang kata dan bicara kauluahkan? Sekonyong-konyong itulah kata bicara yang dilontarkan oleh si hantu yang dulunya mengaku dirinya sudah berjaya menyunglap menjadi manusia dan menamakan dirinya sebagai Mat itu di hadapanku.
Kerana memang sudah tekadku untuk tidak peduli dan acuh, maka aku memilih diam dan membisu. Tetapi itu rupanya semakin menjadikan si hantu yang dulunya mengaku dirinya sudah berjaya menyunglap menjadi manusia dan menamakan dirinya sebagai Mat itu galak untuk terus melontarkan katanya.
Heh. Sudah bisu atau tulikah kau ini? Kulontarkan tanya tetapi sedikit tidak kau memberi jawab.
Dan aku memilih terus diam serta membisu.
Siasialah kalau demikian kau bergelar manusia yang sempurna akal serta fikiran. Ketika di depan mataku dunia dan bangsa kau tunggang dan langgang tetapi kau masih juga berzuhud di dalam kamar ini. Apa? Kau kini sudah memilih atau telah naik tarafnya ke tahap menjadi walikah? Begitu lancang terdengar kata-kata terlontar dari bibir si hantu yang dulunya mengaku dirinya sudah berjaya menyunglap menjadi manusia dan menamakan dirinya sebagai Mat itu tatkala melihat aku masih berdiam dan membisukan diri.
bersambung....
Mac 28, 2010

0 Komen::
Post a Comment